I found this off lowyat from this link
http://forum.lowyat.net/topic/810563
Kereta ?solek? bakal dirampas
Oleh Nazarali Saeril
nazarali@hmetro.com.my
SHAH ALAM: Pemilik kereta yang menggunakan ?ekzos raksasa?, ?spoiler ampai pakaian? dan pelbagai aksesori yang boleh menunjukkan kereta terbabit seperti kapal angkasa bakal berjalan kaki kerana kenderaan itu akan disita sebelum dirujuk kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Pada masa sama, kereta itu juga akan dirujuk kepada Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) selain pemiliknya disaman maksimum RM300. Ia berkuat kuasa serta-merta pada Ops Sikap ke-17 bermula pada 24 September lalu.
Ketua Jabatan Ketenteraman yang juga Ketua Trafik Selangor, Superintendan Che Hussin Che Omar, berkata peraturan itu membabitkan semua kenderaan yang ada di Selangor atau keluar dan masuk Selangor.
?Berdasarkan kajian, pemandu kereta berumur 35 tahun ke bawah sering memandu dengan laju dan melulu dan sebahagian besarnya menggunakan kenderaan yang diubah suai membabitkan ekzos, spoiler dan pelbagai aksesori lain.
?Pemanduan laju dan melulu itu menyebabkan pengguna jalan raya yang tidak bersalah turut menjadi mangsa ?kehebatan? kumpulan pemandu dalam golongan terbabit dan kerana itu kita mengambil langkah awal menahan mereka yang dinyatakan itu,? katanya di sini, semalam.
Menurut beliau, pemandu kenderaan dinasihatkan tidak mengubah suai kenderaan sebaliknya menggunakan aksesori standard dan tidak memberikan perasaan kurang selesa kepada pihak lain.
Che Hussin turut memaklumkan pihaknya memberikan ?perhatian khas? pada pemandu yang memandu secara laju dan melulu di mana sejak hari pertama Ops Sikap ke-17 dijalankan, sebanyak 1,781 saman dikeluarkan kerana kesalahan terbabit.
?Saman dikeluarkan adalah maksimum iaitu RM300 kerana kita mahu pemandu degil itu tahu bahawa perbuatan mereka membahayakan pihak lain serta diri sendiri.
?Wang boleh dicari, aksesori kenderaan juga boleh diperoleh, tetapi nyawa tidak boleh diganti,? tegasnya.
Dalam pada itu, seorang remaja tidak memakai topi keledar tercatat dalam statistik kematian sepanjang empat hari Ops Sikap ke-17 di seluruh Selangor.
?Dalam kejadian jam 4.30 pagi semalam (kelmarin), remaja berusia 19 tahun itu hilang kawalan sebelum motosikal ditunggang terbabas dan merempuh pokok.
?Mangsa tidak memakai topi keledar dan mati di lokasi kejadian. Sepanjang Ops Sikap ke-17 ini, Selangor mencatatkan empat kematian termasuk remaja terbabit dan semuanya penunggang atau pembonceng motosikal,? katanya.
Selangor juga mencatatkan jumlah kemalangan tinggi iaitu 310 kes pada hari pertama Ops Sikap diikuti 280 pada hari kedua, 384 hari ketiga dan turun kepada 300 pada hari keempat.
Che Hussin turut menasihatkan pemandu kenderaan berhati-hati, berhenti memandu jika letih dan mematuhi semua peraturan jalan raya supaya sampai ke destinasi masing-masing tanpa kecelakaan.
?Jika semua pemandu menggunakan pertimbangan sempurna pasti tiada kecelakaan membabitkan mereka atau anggota keluarga. Kemalangan boleh dielakkan jika kita bersabar dan patuh pada peraturan jalan raya,? katanya.
LOL, if that is enforced, I will just move out of Subang and move back to Kampar for touge friendly times. In short, to non-Malay readers, the Selangor state governments' underdogs wants to confiscate all modified cars. This is plain stupid and this would limit all imaginations of a nicely modified car. Is this country working backwards? Frankly, I think yes
Tuesday, October 7, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
I dare them to publish out off all the accidents.... how many modified cars are involved?
Mostly of the die ones are kapchai or normal car drivers who are speeding out of their control limit.
If you know how to modify the car properly means you should be able to drive it and know the limits.
This is all bull shit and gimmick to give chance to take ppl $$$$$.
What a joke!
hahah, yeah its a way for them to earn more bribery. They forgot if they did that, everyones moving to Singapore, lol
Post a Comment